Halaman

Isnin, 7 Mac 2011

OTEGAFEST MAIDEN OUTBREAK MIRI 2011

Gemarkan muzik rock? Local Scene Underground? Don't miss your chances, grab a ticket to watch 10 local band to rock on stage at GOLDEN CLUB CENTRE POINT II MIRI (Near Sun City).



OTEGAFEST MAIDEN OUTBREAK MIRI 2011

Time: 12:30pm till death!!!


Ticket:
Pre Sale RM20
At the dooor RM25


Contact James for more info.. 0168905352.. Plz Call....

Selasa, 1 Mac 2011

Masalah Penciptaan Lagu/Musik?


Mempunyai masalah ketika membuat melodi ataupun lirik? Itu yang selalunya menjadi masalah kepada pencipta musik atau yang baru hendak menubuhkan band ataupun solo. Muzik adalah salah satu unsur dalam kehidupan yang sangat anjal atau unik sifatnya. Kerana itu pengertian dan fungsi muzik dalam kehidupan adalah berlainan dan mempunyai pelbagai genre. Salah satu fungsi asas muzik adalah bentuk hiburan. Fungsi ini telah meletakkan muzik sebagai salah satu bidang budaya jelata yang dominan. Ini kerana, selain melodi, muzik mengandungi utusan yang berbentuk bentuk lirik.


Bagi pendapat aku, lebih senang mencipta lagu tersebut dari meembuat melodi. Melodi selalunya akan dihias atau symphonize pengciptaan penghujung sesebuah lagu tersebut. Mencari ilham untuk lirik pula mendatangkan masalah dimana penggunaan ayat yang betul dalam penyampaian mesej lirik tersebut. Keberkesanan proses banyak bergantung tahap gangguan yang dilalui oleh mesej yang melalui saluran tersebut. Lebih jelas bunyi atau melodi yang dimainkan, maka lebih jelas mesej yang boleh disampaikan.

Gabungan kedua-dua melodi dan lirik boleh meletakkan muzik sebagai salah satu aspek komunikasi yang bertenaga dalam kehidupan manusia. Kerana itu, ada juga pihak yang melihat muzik sebagai khazanah budaya sesuatu bangsa yang mampu menggambarkan imej dan ketamadunan budaya sesuatu bangsa itu. Ada juga yang melihatnya sebagai salah satu cabang aktiviti ekonomi yang boleh membentuk industrinya sendiri seterusnya membantu perkembangan pembangunan sosial. Industri muzik di Malaysia wujud atas factor kedua-dua keadaan tersebut.

PERSOALANNYA PULA?

Tetapi, sejauh manakah masyarakat umum sedar tentang keadaan muzik metal atau pun underground? Sejauh manakah, aspek ini diberi perhatian oleh media cetak dalam  memberi bentuk terhadap aplikasi muzik dalam dasar awam negara yang boleh memberi makna  kepada  pengguna -penggunanya ? 

Oleh itu, marilah pencipta muzik di Malaysia memajukan industri muzik rock underground yang lebih tinggi di dalam Malaysia.